31 May bersamaan 10 Rejab. Dah berlalu 10 hari dalam bulan Rejab.
Banyak2 kan la baca doa ni
Doa mak bagi masa nak datang Mesir
Hari tu, masa dengar berita opah meninggal, terus teringat dekat doa ni.
Bulan Ramadhan tahun ni, opah dah xde. Saya pun belum tentu ada. Mati tu bila2 boleh jadi.
Bila terfikir bulan Ramadhan, teringat pulak bulan Syawal tahun lepas, makan kerepek sama2 dgn opah masa ziarah opah kat kampung.
Semoga Allah tempatkan opah di kalangan orang yang beriman. Amin.
p/s: untuk kaum wanita yang x habis lagi ganti puasa, puasa la ye sebelum masuk bulan Ramadhan. Lagi pun, puasa dalam bulan Rejab, banyak fadhilatnya.