Friday, June 17, 2011

Kematian

Di kala saya berjuang utk final exam di Mesir ni, saya serta kwn2 Puteri Wilayah yg ada di Mesir ni dikejutkan dgn berita kematian guru kami Puan Wikiam a/p Eh Pot. Beliau menghembuskan nafas terakhir semasa bertarung utk melahirkan anak kedua. Yang menyedihkan lagi, anak dia pun tak dpt diselamatkan. Mengikut kata akhbar yg publish berita dia, Puan Wikiam mati sbb air ketubannya masuk ke saluran darah & pergi ke paru-paru. Mungkin sbb kegagalan pernafasan la kot dia mati.

Sedih mmg sedih. Teringat lagi masa dia ajar saya Sejarah form 4 di Puteri Wilayah. She was a good teacher. Tapi apakan daya, mmg Allah dah ckp dalam Quran "kullu nafsin zaa ikatulmaut". Setiap yang bernyawa pasti akan mati.

Berita kematian Puan Wikiam mengingatkan saya tentang mati. Dah cukup ke amalan kalau tiba2 saya di jemput Ilahi? Juga mengingatkan saya kpd mak. Puan Wikiam mati sbb nak melahirkan anaknya. Jadi kita sebagai anak yg masih ada mak ni sayangilah dan hargailah mak kita.

Cuma saya tertanya-tanya sampai sekarang. Mcm mana kita nak doakan cikgu kita yg non muslim? Boleh ke tak?